Satu audio terapi yang PASTI dengan izin Allah menjana perangai yang baik pada anak-anak anda. Satu audio terapi yang sangat MUDAH seolah-olah berlaku secara automatik

Assalamualaikum,

Pertama sekali, saya ingin berjanji dengan anda.

Saya berjanji, anda tidak pernah MENDENGAR atau MELIHAT apa yang saya mahu berkongsi bersama anda sebentar lagi.

Audio terapi ini BUKAN SEPERTI yang pernah anda dengar sebelum ini. Audio terapi ini lain daripada yang lain. Ia merupakan satu penemuan baru diabad ini.

Ini bukan program ceramah motivasi atau program yang hanya mengajar petua-petua untuk berubah tetapi ianya adalah satu audio terapi yang berkesan, mudah dan praktikal yang PASTI dengan izin Allah mengubah perangai anak anda.

Program ini merupakan terapi yang berkesan untuk merawat perangai anak anda yang buruk seperti malas belajar, malas pergi sekolah, suka melawan ibubapa dan sebagainya.

Terapi ini juga menjana perangai-perangai baik yang anda ingin pada anak anda tanpa anda perlu bersusah payah untuknya. Anda perlu hanya menemani mereka semasa mereka mengambil audio terapi ini.

Anak Bestari Audio Terapi adalah program penjanaan perubahan perangai kanak-kanak bestari

Ia bukan ceramah dan bukan kuliah, memberi nasihat atau maklumat kepada anda. Program ini secara sedar mengubah kepercayaan dan pemikiran dan lantas mengubah perangai anak-anak anda. Ianya memberi input yang betul dan positif seperti yang anda ingini.

“Terapi Bicara Kendiri adalah penemuan terunggul dalam menjana modal insan abad ini",

Dr. Nasoha Saabin, pengasas Nasoha Talks

Untuk mereka mencapai perubahan perangai yang “menakjubkan”; mereka perlu MEMPUNYAI kepercayaan, cara berfikir dan perangai yang sama seperti orang yang telah berjaya.

Inilah satu-satunya program yang bertindak untuk menjana kepercayaan dan cara pemikiran yang betul didalam diri anak-anak anda.

Program ini seolah-olah memaksa anak-anak anda menjadi kanak-kanak yang berjaya. Ia memberi kesan terus kepada bahagian diri anak anda yang paling penting sekali iaitu - HATI DAN MINDA MEREKA.

Dengan wujudnya kepercayaan dan cara berfikir yang betul didalam diri anak-anak anda, mereka insya Allah mempunyai keinginan yang berlipat kali ganda untuk melakukan perkara yang baik. Mereka menjadi anak yang rajin belajar, berjaya di sekolah, berjaya di rumah dan di dalam kehidupannya.

Sebab itu, pada awal surat ini tadi, saya berjanji kepada anda bahawa apa yang saya tawarkan ini berbeza dengan apa yang anda pernah dengar atau lihat selama ini.

Dengar audio temuramah bersama ibubapa yang telah mengambil audio terapi ini untuk anak-anak mereka


Apa yang kanak-kanak yakini dan fikirkan adalah pengerak kepada apa yang akan mereka lakukan. Manusia tidak membuat mengikut apa yang mereka tahu tetapi membuat mengikut apa yang mereka yakini dan fikirkan.

Sehingga kini, langsung tidak ada terapi yang boleh dengan mudah, ringkas dan cepat mengubah apa yang kanak-kanak fikir dan percaya, untuk menjadikan mereka berjaya.

Sehingga kini, tiada cara yang MUDAH, RINGKAS dan CEPAT yang boleh mengubah suara kecil didalam hati dan minda mereka, mengubah apa yang mereka percaya, cara mereka berfikir, ketika melihat sesuatu dan memadamkan emosi yang menggagalkan, yang dimiliki oleh mereka.

Sehingga kini, tiada cara yang boleh menghilangkan kepercayaan dan minda yang salah, yang telah menyebabkan seorang kanak-kanak merasa takut.

Tetapi, sekarang insya Allah ada caranya...

Dengan izin Allah, PASTI berkesan. Ia PASTI membantu anak-anak anda menjadi cemerlang.

Kanak-kanak yang sama mendapat rawatan, menjadi BESTARI

Setiap ayat dalam audio terapi ini memberi kesan yang menakjubkan kepada setiap kanak-kanak yang mendengarnya dan mengulangi memperkatakannya kerana ianya mengubah dasar kepercayaan dan cara kanak-kanak itu berfikir, dan dua perkara yang penting ini bertanggungjawab mengawal perangai yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut.

Melalui audio terapi ini, setiap kanak-kanak akan didengarkan dengan puluhan ayat-ayat yang baik dan benar serta disuruh mengulangi memperkatakan ayat-ayat tersebut berulang-ulang kali. Ayat-ayat ini seumpama cahaya “laser” yang memancar kedalam hati dan minda kanak-kanak itu.

Jika anda mahu anak-anak anda berubah tetapi mereka engan, program ini boleh dimulakan dengan anak-anak anda, HANYA mendengar sahaja ayat-ayat tersebut.

Selepas didengarkan berulang-ulang kali, mereka akan mula bersetuju dengan ayat-ayat yang mereka dengar dan mereka akan mula memperkatakan ayat itu kembali.

Pada mulanya, memang susah untuk mereka dengar dan mengulangkan kembali ayat-ayat yang mereka dengar, tetapi insya Allah selepas beberapa kali mendengar mereka akan mula menyukainya dan tanpa pengetahuan anda, setelah beberapa lama, mereka mula berubah dan mendapatkan perangai, seperti yang anda inginkan.

Apa yang audio terapi ini buat ialah memprogram kembali sistem kepercayaan dan minda anak-anak anda. Ini adalah penting kerana ianya mengawal apa yang mereka lakukan dan mempengaruhi tahap kualiti amalan mereka.

Anak-anak kita mempunyai ribuan corak minda sebegini (walaupun ada diantaranya yang baik dan berkesan untuk mereka) yang mengawal dan memandu perangai, dan perasaan mereka...

Mereka dan kita tidak melakukan sesuatu mengikut apa yang kita tahu sebagai betul tetapi mengikut apa yang kita percaya. Memang tidak masuk akal, tetapi inilah yang sebenarnya.

Program ini membantu anak-anak anda BERTINDAK merubah keadaan, BUKAN mengikut keadaan

Dengan program yang canggih dan berkesan ini, anak-anak anda tidak lagi dikawal dan didorong oleh kepercayaan dan fikiran yang lapuk... yang membuat mereka merasa bodoh, takut atau tertekan... tetapi dikawal dan didorong oleh kepercayaan dan fikiran yang membantu mereka menjadi pandai, berani dan gembira.

Pilihan ditangan anda sekarang.

Melalui proses yang anda akan belajar sebentar lagi, anda boleh membantu didalam memasukkan kepercayaan dan fikiran yang betul didalam diri anak-anak anda.

Cara yang terbukti ini akan membawa anak-anak anda ke arah perubahan yang cemerlang walau apa sahaja keadaan mereka sekarang.

Anda tidak perlu marah lagi, berceloteh, menengking atau merotan anak anda supaya mereka berperangai baik. Anda hanya perlu menekan "PLAY" setiap hari dan duduk bersama anak-anak anda mendengar audio terapi ini dan...

Perlahan-perlahan anak-anak anda akan mula berperangai seperti yang anda inginkan.

ASAS Audio Terapi INI

Kalimah Laailahaillallah adalah ASAS dalam membentuk ayat-ayat di audio terapi ini. Kalimah Laailahaillallah menjadi ASAS, kerana hati hanya terkesan dengan percakapan yang benar. Kalimah Laailahaillallah adalah kalimah yang benar, juga dikenali sebagai kalimah ikhlas, kalimah taqwa, ia adalah tali yang kukuh dan harga bagi syurga.

Ramuan Pertama

Cara Penyampaian Maklumat

Anak-anak anda bukan sahaja dapat mendengar percakapan-percakapan baik... Tetapi mereka tanpa bersusah payah, MENJADI MENGIKUT APA YANG MEREKA CAKAP

Jikalau audio ini hanya nasihat atau ceramah, ianya tidak akan memberi kesan. Ia sama seperti ratusan produk audio di pasaran yang tidak mengubah keyakinan dan cara berfikir serta perangai anak anda.

Audio terapi ini melakukan sesuatu yang tidak pernah DIBUAT oleh mana-mana program pembangunan insan lain di dunia....

Ramuan Kedua

Membuang keyakinan dan pemikiran yang lapuk

Semua kejayaan datang dari perbuatan yang betul.

Tetapi, semua perbuatan datang dari kepercayaan dan pemikiran yang dimiliki oleh seseorang.

Jika anda mahukan anak-anak anda memiliki perbuatan yang menjana kejayaan, anda dan saya perlu berusaha supaya kepercayaan dan pemikiran anak-anak kita sama seperti yang dimiliki oleh mereka yang telah berjaya.

Ianya semudah itu dengan izin Allah.

Jika anda mahu kejayaan untuk anak-anak, perkara yang pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah, memadamkan semua kepercayaan dan cara pemikiran yang rosak yang ada pada anak-anak anda.

Mudah dengan Izin Allah.

Apabila kita mempunyai yakin dan cara berfikir yang betul, kita akan sentiasa ceria dan tenang didalam semua keadaan yang kita lalui.

Kita akan bertindak mengikut landasan yang betul. Kita akan hilang rasa takut dan perasaan was-was.

Apabila anak-anak anda ‘telah’ mempunyai keyakinan dan cara berfikir yang betul, mereka akan terus membuat usaha yang betul tanpa rasa terpaksa atau dipaksa.

Untuk menjana perangai yang betul untuk anak-anak anda, pertama sekali, audio terapi ini dilengkapi dengan percakapan-percakapan yang “memadam” atau "membuang" yakin dan cara berfikir yang lama dan keduanya, dengan percakapan-percakapan yang membina yakin dan fikiran yang baru.

Percakapan-percakapan mengunakan perkataan ‘SAYA’ dan tanpa perkataan ‘AKAN’ menyebabkan anak-anak anda, MERASAI BAHAWA MEREKA TELAH PUN MEMPUNYAI KEPERCAYAAN, PEMIKIRAN, SIKAP DAN PERANGAI SEBAGAI SEORANG YANG TELAH BERJAYA.

Ingin saya mengingatkan anda lagi....

Apabila anak-anak anda berkelakuan tidak seperti yang sepatutnya, sebenarnya dia melakukan sedemikian kerana mereka mempunyai yakin yang salah dan fikiran yang negatif.

Cuba anda hayati corak minda dan kepercayaan yang ada pada anak-anak anda sekarang. Anda akan dapati banyak daripadanya adalah negatif. Ini kerana mereka sejak dilahirkan sentiasa mendengar dan bercakap percakapan-percakapan yang negatif.

Kita tidak boleh menghalang mereka bercakap, mendengar, melihat dan berfikir secara negatif, tetapi kita boleh berusaha untuk mengajar mereka supaya bercakap dan mendengar percakapan yang positif.

Anak-anak, anda dan saya perlu BERUSAHA BERMULA HARI INI. Jika tidak...

…kepercayaan dan fikiran yang salah menjadi punca kepada perangai anak-anak kurang cemerlang dan ianya akan menghantui kehidupannya di kemudian hari, walaupun anak anda telah mengikuti berbagai program motivasi, membaca berbagai buku motivasi, atau telah makan berbagai jenis pil pemakanan.

Audio terapi ini membantu anak-anak anda untuk membuangkan sisa-sisa corak minda mereka yang negatif dan membantu anak-anak anda untuk terus berubah dan maju kehadapan.

Anda tidak akan menjumpai apa-apa produk SELAIN INI yang boleh membantu anak-anak anda, membuang perasaan-perasaan yang negatif dengan berkesan.

Ramuan Ketiga

Membentuk yakin, cara berfikir dan perangai baru.

Anak-anak anda perlu mendapat keyakinan dan cara berfikir orang yang telah berjaya untuk berubah menjadi seorang yang berjaya.

Dalam audio terapi ini, selain daripada ayat-ayat memadam fikiran dan keyakinan yang lapuk, anak-anak akan mendengar dan bercakap berulang-ulang kali ayat-ayat yang menjana keyakinan dan cara berfikir yang baru dan betul. Mereka pasti terkesan dengan terapi ini.

Mungkin Anda telah guna segalanya...

Mungkin anda telah berbelanja ratusan, malah ribuan ringgit menghantar anak-anak ke program ceramah motivasi, beli buku, beli pita audio, hantar anak-anak ke pra-sekolah yang bagus... tetapi ianya tidak akan memberi kesan yang mendalam kepada anak-anak anda selagi mereka masih mempunyai corak minda dan kepercayaan yang lapuk, yang telah mencengkam pemikiran dan perbuatan mereka.

Sebab itulah kebanyakan program motivasi, walau macam mana bagus pun, tidak boleh membuat perubahan yang berkekalan pada diri anak anda.

Anda perlu pergi kepada sebab utama anak-anak boleh cemerlang.

GUNAKAN AUDIO TERAPI INI SEKARANG!

Audio terapi ini akan memprogramkan corak kepercayaan dan minda yang perlu ada untuk seorang kanak-kanak menjadi bestari.

Apabila anak-anak anda memiliki keyakinan dan cara berfikir yang betul, MEREKA PASTI RAJIN, TAAT, DAN BIJAK.

Kenapa?

Sebab yakin dan minda yang betul adalah asas untuk menjana perangai yang membawa kepada kejayaan.

Tanpa perubahan yakin dan minda, perubahan keatas perangai anak-anak anda tidak akan bertahan lama.

Jika anak anda belum boleh bercakap, anda mainkan audio terapi ini ketika anak-anak sedang berehat atau bermain dan anda turut mendengarnya.

Jika anak anda telah pandai bercakap, usahakan supaya anak anda dapat mengulangi kembali percakapan yang didengarnya. InsyaAllah anak anda berubah menjadi anak yang anda ingini.

Audio Terapi Anak Bestari adalah program untuk anak-anak dari lahir sehingga berumur 17 tahun. Ia mengandungi siri berikut:

Si Comel Bestari - umur lahir sehingga 4 tahun
Si Manja Bestari - umur 5 sehingga 8 tahun
Kanak-Kanak Bestari - umur 9 sehingga 12 tahun
Remaja Bestari - umur 13 sehingga 17 tahun
Pelajar Bestari Sekolah Rendah
Pelajar Bestari Sekolah Menengah
Pelajar Cemerlang - untuk pelajar nakal

Sebelum program ini, tiada program yang dapat menjana keyakinan dan cara berfikir yang betul, secara mudah dan cepat serta memadam keyakinan dan pemikiran yang rosak dengan berkesan

Dengar rakaman audio pengakuan ibubapa yang telah mengunakan audio terapi ini untuk anak-anak mereka

Dr. Nasoha ingin berkongsi dengan anda bagaimana gaya hidup kita boleh berubah menjadi lebih baik!
Daftarkan Nama dan Emel anda dibawah:
Nama: Emel: Subscribe Unsubscribe

Anda hanya perlu menggunakan satu audio terapi untuk merasai perubahan yang menakjubkan keatas anak-anak anda.

Ambillah Program ini selama 6 bulan tanpa Risiko


Polisi kami mudah.


Insya Allah, saya memberi jaminan bahawa selepas anda menggunakan audio terapi ini selama 6 bulan, anda akan melihat perubahan. Dan setelah digunakan selama 4 tahun, anda akan melihat satu perubahan yang ketara ke atas anak-anak anda, samaada mereka semakin taat, rajin dan bijak, lebih takut kepada Allah, tidak takut kepada makhluk, bersemangat, ceria, suka belajar, suka berusaha ....


Tetapi jika anda tidak 100% puashati, anda boleh menghantar kembali produk ini pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan pertama dan kami akan mengembalikan wang anda.


Tidak ada apa-apa syarat – mudah sahaja. Ini bermaksud anda boleh mengambil audio terapi ini tanpa risiko.

Kami yang mengambil risiko untuk anda...


Maksudnya anda tidak mungkin kehilangan apa-apa, kecuali jika anda tidak mencuba audio terapi ini untuk anak-anak anda dengan peraturan yang telah kami anjurkan kepada anda!


Dengar rakaman audio ibubapa yang telah mengunakan audio terapi ini untuk anak-anak mereka

Adalah lebih berkesan jika anda bersama anak-anak anda mendengar setiap perkataan dalam audio terapi ini.

Kesannya akan bertambah jika anda sendiri mengambil audio terapi Ibubapa Bestari.

Insya Allah saya berjanji kepada anda walau macam mana berjaya atau tidak anak-anak anda sekarang, anda boleh melakukan kejutan dengan melanggani terapi ini dan melihat dengan mata anda sendiri peningkatan yang ketara dan menakjubkan apabila anda mengunakan audio terapi ini dengan penuh disiplin selama 6 bulan.

Insya Allah, kehidupan anak anda akan berubah buat selamanya.

Dr Nasoha Saabin


Tiada catatan.
Tiada catatan.